More

    Koperasi Tanjung Keramat lancarkan aplikasi Taptaplah, koperasi dalam talian pertama di Malaysia

    Tanjong Keramat, sebuah badan koperasi yang berpusat di Putatan Sabah telah melancarkan aplikasi koperasi dalam talian yang pertama di Malaysia iaitu aplikasi Taptaplah. Taptaplah telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 11 pagi tadi.

    Aplikasi ini merupakan usaha dan peluang untuk meningkatkan produktiviti produk dan perkhidmatan Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad melalui sistem aplikasi digital. Ia menyediakan data dan analisis bagi tujuan pemasaran dan prestasi perniagaan tempatan.

    Platform Taptaplah juga merupakan pelaburan minimum untuk koperasi melabur dalam pendigitalan di mana semua aktiviti dan pembiayaan penyelenggaraan dan penambahbaikan akan dilakukan melalui platform Taptaplah.

    Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pelancaran ini juga bertujuan mendekatkan aktiviti koperasi dengan generasi muda kerana mereka lebih cenderung kepada penggunaan platform dalam talian dalam aspek langganan perkhidmatan dan pembelian produk.

    Selain itu, Koperasi Tanjong Keramat juga telah melancarkan Tabung Kasih Tanjong Keramat sebagai kesinambungan projek CSR Kongsi Rezeki oleh Koperasi Tanjong Keramat. Usaha ini dengan kerjasama selebriti terkenal, Neelofa untuk memberi bantuan kewangan kepada salah seorang pesakit Osteogenesis Imperfecta (tulang rapuh), Khayla Adha Mirza seorang gadis berusia enam tahun yang menderita dengan 40 tulang patah.

    Inisiatif yang dilaksanakan ini diharap dapat memudahkan perkhidmatan anggota koperasi sedia ada dan masyarakat sekitar. Koperasi Tanjong Keramat mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk menggunakan aplikasi Taptaplah sebagai penghubung jaringan antara koperasi di peringkat domestik dan global.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Nak beli telefon baharu? Harga mungkin naik lepas Qualcomm ubah harga cip

    Qualcomm dilapor telah menghantar surat makluman kepada para pelanggannya berhubung rancangan kenaikan harga cip pada kadar peratusan dua digit. Menurut laporan Bloomberg,...

    Facebook kini ada “Verified” percuma, boleh bezakan akaun AI dan manusia

    Meta secara rasmi memperkenalkan Facebook Verified iaitu lencana percuma baharu yang mengesahkan bahawa sesebuah profil itu dikendalikan oleh manusia sebenar. Langkah ini...

    iPad Mini akan datang dijangka jadi tablet kalis air pertama Apple

    Apple dilapor sedang membangunkan iPad mini generasi baharu yang dijangka menjadi tablet pertama mereka dengan sokongan penarafan kalis air. Menurut laporan daripada...

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured