More

    Kos ganti bateri Apple iPhone 14 meningkat kepada 43%, lebih mahal berbanding iPhone 13

    Apple telah mengejutkan banyak pihak kerana tidak menaikkan harga asas barisan iPhone 14 minggu lepas. Namun, satu perkara yang semakin mahal ialah kos penggantian bateri. Apple berkata ia akan menelan kos $99 (~RM466) untuk menggantikan bateri dalam iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

    Ini meningkat daripada $69 (~RM310) untuk iPhone 13 dengan kenaikan harga kira-kira 43%. Dolar yang kukuh bermakna peningkatan kos lebih ketara di luar Amerika Syarikat. Sebagai contoh, di United Kingdom, harga penggantian bateri iPhone telah meningkat daripada £69 kepada £105 dengan iPhone 14.

    Anggaran kos pembaikan bateri untuk semua model iPhone terdahulu kekal pada $69 (~RM310), kecuali iPhone SE iaitu $49 (~RM220). Tidak jelas mengapa harganya naik begitu banyak hanya untuk model iPhone 14 walhal kapasiti bateri yang dilaporkan untuk iPhone 14 hampir sama dengan iPhone 13.

    Harga ini dikenakan kepada pelanggan iPhone di luar waranti setahun standard atau tanpa AppleCare+. Jika anda mempunyai AppleCare+, penggantian bateri adalah percuma. Kongsi pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9TO5Mac

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured