More

    KOSPET Magic R10 dan P10 rasmi di Malaysia dengan skrin AMOLED 1,000 Nits, 180 Mod sukan berharga RM699

    Jenama peranti boleh pakai KOSPET hari ini melancarkan dua jam tangan pintar terbaharunya dengan Magic R10 dan Magic P10 secara rasmi dalam pasaran Malaysia yang masing-masing pada harga RM699. Kedua-dua model ini menampilkan skrin AMOLED terang 1,000 nits, reka bentuk premium dan lebih 180 mod kecergasan.

    Magic R10 hadir dengan skrin bulat 1.43 inci AMOLED beresolusi 466×466 manakala Magic P10 menampilkan paparan bujur 1.96 inci dengan resolusi 410×502. Reka bentuk kedua-duanya dilengkapi bezel keluli tahan karat 316L dengan rekaan menepati gaya moden dan tahan lasak.

    Kedua-duanya dikuasakan cip Action3085S dua teras, menyokong Bluetooth 5.3 dan sistem GNSS dwi-jalur (L1+L5) untuk ketepatan lokasi lebih tinggi. Antara ciri kesihatan yang disertakan termasuk pengesanan kadar jantung, SpO₂, tidur (termasuk REM), tekanan, mood, kitaran haid dan tahap pernafasan.

    Bagi pengguna aktif, KOSPET menawarkan lebih 180 mod sukan dengan teknologi ApexMotion™ yang memberikan data latihan terperinci untuk pelbagai aktiviti termasuk gaya bebas. Kedua-dua jam ini juga memiliki ketahanan air 5 ATM dan baterinya mampu bertahan sehingga 12 hari penggunaan biasa, 18 jam dalam mod GPS atau 50 hari dalam mod siap sedia.

    Jam tangan ini akan mula dijual di Malaysia pada 21 Julai 2025. Pelanggan terawal boleh menikmati harga promosi RM629 berserta hadiah percuma melalui kedai rasmi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti KOSPET tawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...