More

    KPDN tidak berpuas hati dengan penambahbaikan baharu oleh Touch ‘n Go

    Sejak awal tahun ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos sara Hidup (KPDN) menggesa pihak Touch ‘n Go (TnG) untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka yang bermasalah sejak tahun kebelakangan ini. Antara isu yang sering diutarakan oleh para pengguna adalah kekurangan bekalan kad TnG NFC dan banyak lagi.

    Bagi menyambut saranan oleh KPDN, Touch n Go telah mengambil beberapa langkah penambahbaikan seperti :

    • Meningkatkan jumlah kad TnG kepada 3.5 juta untuk tahun 2023 daripada 2.68 juta pada 2022
    • Memberi notis sebulan awal kepada pengguna kad TnG jika kad tersebut hampir dengan tempoh tamat
    • Meneliti proses bayaran balik dengan kadar segera setelah syarikat konsesi melakukan siasatan, pengesahan dan kelulusan
    • Menjelaskan bahawa Kad Visa TnG tidak boleh digunakan seperti kad TnG biasa, dengan memaparkan notifikasi This is not TnG Card sebelum pengguna memohonnya
    • Menghantar notis kepada platform e-dagang untuk menurunkan semua iklan penjualan produk TnG yang tidak berdaftar
    • Menghantar notis kepada syarikat minyak, peruncitan dan pengedar sah untuk menjual produk TnG dengan harga yang ditetapkan, termasuk had 1 kad sahaja untuk seorang pelanggan

    Sungguh pun begitu, KPDN berpendapat inisiatif-inisiatif ini masih belum mencukupi untuk kepentingan pengguna. Berikutan itu, sesi libat urus seterusnya di antara TnG dan KPDN akan memberi tumpuan kepada pelan tindakan yang jelas dan lebih terperinci.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: KPDN

     

    Artikel Terkini

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured