More

    KPDNHEP dan SKMM kini menyekat pelayar yang memberi akses kepada kandungan cetak rompak!

    Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberi amaran tentang label SKMM/MCMC yang ada pada kotak TV Android tidak melibatkan kelulusan untuk penstriman atau memuat turut filem, drama atau apa sahaja kandungan yang dilindungi hakciptanya.

    Terkini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melakukan sekatan terhadap beberapa pelayar yang telah menawarkan kandungan hak cipta cetak rompak dalam talian. Pelayar-pelayar ini telah melanggar hak peruntukan di bawah Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987.

    Menurut sumber lain, SKMM telah menyekat sejumlah pelayar yang memberi akses penstriman cetak rompak melalui TV Box pada tahun lepas. Adakah anda pernah menstrim filem secara cetak rompak? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: KPDNHEP | TechNaveCN

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...