More

    KPM: Teknologi AI digunakan untuk bantu kesan pelajar yang keciciran SPM

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meningkatkan Sistem Pemantauan Pelajar (SiPKPM) dengan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu mengurangkan masalah keciciran pelajar dan ketidakhadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada masa hadapan.

    Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Profesional), Dr Mohd Azam Ahmad, berkata sistem yang telah digunakan ini berjaya mengurangkan jumlah calon SPM yang tidak hadir daripada puluhan ribu kepada hanya lebih 8,000 orang.

    Beliau menjelaskan bahawa sistem ini membantu mengenal pasti pelajar yang telah tercicir atau berisiko dari peringkat sekolah rendah hingga menengah. Tambahnya, versi baharu yang dipertingkat dengan AI telah diperkenalkan tahun lalu dan kini sedang beroperasi.

    Ia kini membantu guru dan pentadbiran sekolah mengesan pelajar berisiko untuk diberikan intervensi tepat pada masanya. Dr Mohd Azam turut menyatakan bahawa sistem yang dipertingkat ini akan membolehkan sekolah memberikan intervensi lebih awal dan lebih bersasar.

    Beliau menjelaskan bahawa kementerian menyediakan 18 bentuk bantuan bagi pelajar yang berisiko tercicir termasuk mereka yang menghadapi masalah kewangan dan lain-lain isu. Dalam berita lain, KPM memaklumkan bahawa sehingga 6 Februari, seramai 8,076 calon SPM 2024 tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured