More

    Kredit eBeliaRahmah RM200 boleh ditebus melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet, Boost dan Setel

    Mulai hari ini, golongan belia yang berumur sekitar 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di kolej dan universiti kini boleh menebus kredit eBeliaRahmah RM200 mereka melalui aplikasi Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet. Dalam pada itu, terdapat tawaran dan baucar yang ditawarkan kepada anda.

    Touch ‘n Go eWallet menawarkan baucar percuma sehingga RM550 meliputi pelbagai kategori pedagang seperti membeli-belah, kedai serbaneka, F&B, bil, permainan dan hiburan. Baucar lain termasuk baucar pulangan tunai RM70 untuk Maxis, baucar pulangan tunai RM8 di Kenny Rogers Roasters, diskaun RM8 untuk TGVCinemas, baucar pulangan tunai RM6 untuk 7-Eleven, baucar pulangan tunai RM5 untuk Zus, diskaun RM4 untuk Starbucks dan diskaun 15% di McDonald’s.

    Di Setel, mereka menawarkan pulangan tunai sehingga RM105 termasuk pulangan tunai runcit RM10 terkumpul (RM1 x 10) untuk transaksi QR, pulangan tunai bahan api RM25 (RM5 x5), pulangan tunai Cafe Mesra RM10 (RM1 x 10), pulangan tunai RM50 kedai Petronas (RM10x 5) dan pulangan tunai RM10 pengguna baharu. Setel juga menawarkan eBaucar tambahan dengan rakan kongsi terpilih yang tertakluk kepada perbelanjaan minimum RM5.

    Selain itu, Setel turut menawarkan peluang kepada 2 pemenang untuk memenangi sepasang tiket konsert di Singapura. Anda boleh mengetahui lebih lanjut di halaman eBeliaRahmah Setel.

    Boost pula menawarkan ganjaran percuma tambahan kepada penuntut eRahmahBelia yang layak bernilai lebih RM200 sebagai tambahan kepada kredit RM200. Buat masa ini, tawaran ini belum disediakan lagi. Daripada aplikasi itu, ia menyenaraikan Watsons, Lazada, Switch, Urban Republic, Mobile2Go, Inside Scoop, Agoda dan Viu sebagai rakan kerjasama mereka. Anda boleh ketahui lebih lanjut di halaman eBeliaRahmah Boost.

    Kredit e-Wallet RM200 hanya boleh dituntut dengan akaun eWallet yang disahkan dan bertujuan untuk transaksi luar talian di peniaga runcit. Penebusan untuk eBeliaRahmah bermula 26 Jun hingga 22 Ogos 2023. Setelah ditebus, anda boleh menggunakan kredit ini selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2023.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...