More

    Kuasai media sosial dengan Redmi Note 10 5G! Dilengkapi cipset 5G untuk penggunaan yang lebih lancar

    Media sosial adalah perkara yang penting dalam kehidupan masyarakat masa kini terutama ketika waktu pandemik ini. Kandungan media sosial bukan sahaja dapat menceriakan hari kita malah dapat membantu untuk menghasilkan duit sampingan. Namun, pengguna perlukan peranti yang berkuasa untuk melayari dan mencipta kandungan media sosial. Kami sarankan Redmi Note 10 5G! Kenapa?

    Peranti mampu milik dengan spesifikasi hebat

    Pertama, Redmi Note 10 5G adalah telefon mampu milik yang hadir dengan skrin besar 6.5 inci LCD FHD+. Jadi, anda dapat melihat kandungan media sosial dengan lebih luas dan butiran yang tinggi. Bukan itu sahaja, ia juga turut menyokong kadar segar semula 90Hz dan cipset Dimensity 700 5G yang memastikan anda melayari media sosial dan bermain game dengan sangat lancar tanpa sebarang sela masa (lag). Yang lebih menarik, peranti ini menyokong jaringan 5G yang bakal memasuki Malaysia tidak lama lagi.

    Kedua, Redmi Note 10 5G juga dilengkapi kamera yang cukup mantap. Pada bahagian belakang, ia menggunakan tiga kamera dengan kamera utama 48MP dan dua kamera 2MP untuk kedalaman dan makro. Pada bahagian hadapan pula ia mempunyai sebuah kamera swafoto 8MP yang dapat menghasilkan kualiti video yang jelas jika anda ingin melakukan siaran langsung (live).

    Ketiga, Redmi Note 10 5G mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W. Dengan bateri sebesar ini, anda boleh melayari media sosial berjam-jam atau bermain game dengan rakan anda tanpa henti. Hanya perlu mengecas penuh dan anda dapat menggunakannya sepanjang hari!

    Anda boleh dapatkan Redmi Note 10 5G sekarang di SINI

    Terdapat promosi menarik dari Xiaomi!

    Xiaomi kini sedang melancarkan kempen mid-year online shopping, Shop With Mi, di Malaysia. Mulai hari ini sehingga 11 Julai ini, Shop With Mi akan menampilkan hadiah dan promosi menarik buat pelanggan di Malaysia apabila berbelanja dengan rakan niaga rasmi Xiaomi Malaysia di Lazada.

    Dalam tempoh kempen ini, jika anda membeli telefon pintar Xiaomi dan produk ekosistem mereka di Lazada, anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah istimewa seperti tambah nilai Tounch’N’Go bernilai RM2,000,000, hadiah ekslusif percuma dan lebih lagi.

    Kempen membeli-belah atas talian ini juga menampilkan rakan niaga rasmi Xiaomi Malaysia (Ashita Group, Asia Mobile Retail, Avantgarde, Switch Solution, Urban Republic dan Vivid Concept) di mana anda boleh membeli peranti terbaru Xiaomi Redmi Note 10 5G.

    Jadi, adakah anda berminat untuk membeli Redmi Note 10 5G dan ingin mendapat hadiah percuma? Anda boleh melayari kedai rasmi Xiaomi di Lazada sekarang! Sebelum itu, mari kita tengok bagaimana Bedah dan ibunya, Mak Teh kuasai media sosial dengan Redmi Note 10 5G.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured