More

    Kumpool tawarkan perkhidmatan e-hailing di PJ, harga tambang hanya RM1

    Hari ini, ADUN Bukit Gasing iaitu Rajiv Rishyakaran mengumumkan Kumpool, sebuah aplikasi van tempatan dan perkhidmatan bas e-hailing yang boleh didapati di Petaling Jaya (PJ). Ia meliputi kawasan dari Seksyen 1 hingga Seksyen 19 di PJ dengan berharga hanya RM1 dan 10,000 penunggang pertama akan mendapat perjalanan percuma.

    Kumpool merupakan aplikasi tempatan menawarkan dua perkhidmatan utama iaitu Kumpool Ride dan Kumpool Delivery. Kumpool Ride adalah perkhidmatan tempahan bas e-hailing dengan mengumpulkan tempahan kemudian bergerak pada laluan berdasarkan perhentian mengambil dan menghantar penumpang. Penumpang boleh menikmati tempat duduk yang selesa dengan tambang yang berpatutan.

    Kumpool Delivery pula menyediakan keperluan perniagaan seperti menghantar bungkusan kecil, barangan makanan dan minuman serta barangan besar kepada pelanggan pada kadar yang kompetitif.

    Sebelum ini, perkhidmatan itu hanya beroperasi di Johor Bahru tetapi mereka merancang untuk meluaskan perkhidmatan dan telahpun bermula di Subang Jaya. Dengan kerjasama ADUN Bukit Gasing, Kumpool turut berkembang ke PJ. Pengguna boleh memuat turun aplikasi Kumpool untuk ke destinasi anda tanpa perlu risau mengenai tempat letak kereta.

    Anda boleh memuat turun aplikasi ini melalui Apple App Store dan Google Play Store. Ketahui lebih lanjut di laman web rasminya di sini. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Facebook Rajiv Rishyakaran

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...