Hari ini, ADUN Bukit Gasing iaitu Rajiv Rishyakaran mengumumkan Kumpool, sebuah aplikasi van tempatan dan perkhidmatan bas e-hailing yang boleh didapati di Petaling Jaya (PJ). Ia meliputi kawasan dari Seksyen 1 hingga Seksyen 19 di PJ dengan berharga hanya RM1 dan 10,000 penunggang pertama akan mendapat perjalanan percuma.
Kumpool merupakan aplikasi tempatan menawarkan dua perkhidmatan utama iaitu Kumpool Ride dan Kumpool Delivery. Kumpool Ride adalah perkhidmatan tempahan bas e-hailing dengan mengumpulkan tempahan kemudian bergerak pada laluan berdasarkan perhentian mengambil dan menghantar penumpang. Penumpang boleh menikmati tempat duduk yang selesa dengan tambang yang berpatutan.

Kumpool Delivery pula menyediakan keperluan perniagaan seperti menghantar bungkusan kecil, barangan makanan dan minuman serta barangan besar kepada pelanggan pada kadar yang kompetitif.
Sebelum ini, perkhidmatan itu hanya beroperasi di Johor Bahru tetapi mereka merancang untuk meluaskan perkhidmatan dan telahpun bermula di Subang Jaya. Dengan kerjasama ADUN Bukit Gasing, Kumpool turut berkembang ke PJ. Pengguna boleh memuat turun aplikasi Kumpool untuk ke destinasi anda tanpa perlu risau mengenai tempat letak kereta.
Anda boleh memuat turun aplikasi ini melalui Apple App Store dan Google Play Store. Ketahui lebih lanjut di laman web rasminya di sini. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: Facebook Rajiv Rishyakaran






