More

    Kumpul mata ganjaran dan ketahui promosi terkini melalui aplikasi baru 7Eleven – My7E

    Memandangkan dunia digital kini semakin mendapat sambutan dalam kalangan warga Malaysia, pelbagai organisasi telah mengorak langkah ke arah pendigitalan. Terkini, 7Eleven Malaysia turut serta dengan mengumumkan aplikasi terbarunya, My7E.

    7Eleven merupakan kedai beroperasi 24 jam yang popular di Malaysia. Sebenarnya, sejak dahulu lagi 7Eleven kerap memberi mata ganjaran kepada pelanggannya. Namun, anda kini boleh mengumpul mata dan menebus pelbagai ganjaran melalui aplikasi My7E.

    Bukan itu sahaja, My7E turut membenarkan anda mencari lokasi 7Eleven terdekat. Kemudahan ini dituruti dengan penawaran maklumat promosi menarik untuk anda ketahui melalui aplikasi. Salah satu tawaran menarik adalah Slurpee percuma semasa hari jadi anda!

    Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, anda boleh mencubanya dengan memuat turun di telefon pintar anda. Untuk pengguna Google Play Store, anda boleh ikuti pautan ini. Untuk pengguna App Store, anda boleh ikuti pautan muat turun ini.

    Say “HELLO” to amazing rewards right at your fingertips 24/7! 🤩 Just scan the QR code to download and sign up now to…

    Posted by 7-Eleven Malaysia on Ahad, 31 Mei 2020

    Sepertinya maklumat promosi, ganjaran dan sebagainya akan dapat diketahui dengan lebih mudah melalui aplikasi di samping mengumpul mata melalui pembelian. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 7Eleven

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...