More

    KWSP cadang untuk perkenalkan Akaun 3 bagi pengeluaran segera

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang berusaha untuk memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa. Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata ia dijangka dilaksanakan untuk pencarum baharu dalam tempoh dua tahun.

    Menurut Nurhisham, cadangan Akaun 3 akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa. Beliau berkata cadangan memperkenalkan akaun itu juga bagi memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.

    Tambahnya, cadangan Akaun 3 itu juga bertujuan menarik minat golongan tidak formal untuk membuat caruman kepada KWSP. Akaun 3 akan berfungsi seperti akaun simpanan. Dengan ini, pihak KWSP berharap dapat memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.

    Mengenai kadar simpanan yang diperuntukkan untuk Akaun 3, Nurhisham berkata ia mungkin melibatkan antara lima peratus dan 10 peratus. Beliau berkata dengan Akaun 3 yang fleksibel, peratusan caruman untuk Akaun 1 juga akan ditingkatkan dan ahli juga mempunyai pilihan untuk memindahkan dana simpanan daripada Akaun 3 ke Akaun 1 dan Akaun 2.

    Nurhisham juga menyatakan bahawa dividen untuk Akaun 3 dijangka lebih rendah memandangkan akaun tersebut berfungsi seperti akaun simpanan. Struktur skim simpanan KWSP semasa untuk ahli di bawah umur 55 tahun terdiri daripada Akaun 1 dan Akaun 2 dengan kadar peratusan 70 peratus dan 30 peratus.

    Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mencadangkan penubuhan akaun khas KWSP juga dikenali sebagai Akaun 3 sebagai sebahagian daripada inisiatif Malaysia@Work untuk membolehkan pengeluaran fleksibel.

    Akaun itu sepatutnya dilancarkan secara berperingkat bermula pada suku kedua 2020 tetapi tidak diteruskan seperti yang dirancang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NST

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured