More

    KWSP lancar aplikasi i-Akaun versi baharu untuk bantu anda rancang persaraan

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan aplikasi KWSP i-Akaun versi baharu yang menyediakan lebih banyak ciri baharu untuk meningkatkan pengalaman pengguna, seperti pengiraan simpanan persaraan baharu untuk menilai simpanan waktu bersara.

    Pengguna juga boleh mengesan pertumbuhan pelaburan dan menilai kemajuan simpanan ke arah matlamat persaraan secara masa nyata (real-time). Pihak KWSP berkata aplikasi baharu ini mencerminkan komitmennya untuk merancang persaraan para pencarum serta menggalakkan perancangan masa depan yang lebih selamat.

    Ia juga mempunyai lebih banyak langkah keselamatan, seperti pengguna kini hanya boleh memautkan aplikasi i-Akaun dengan satu telefon sahaja, serta kod PIN 6 digit jika pengguna ingin membuka aplikasi.

    Aplikasi baharu ini boleh digunakan dalam telefon yang memiliki sistem operasi Android 5.0 ke atas atau iOS 12.4 ke atas. Buat para pengguna peranti HUAWEI, ia juga boleh dimuat turun daripada AppGallery.

    Jika pencarum masih menyimpan aplikasi i-Akaun yang lama dalam telefon, mereka boleh memadamkannya. KWSP juga akan menamatkan sokongan untuk aplikasi yang lama dalam tempoh terdekat.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan aplikasi baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Awani

     

    Artikel Terkini

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured