More

    Lagi petanda pelancaran ASUS Zenfone 7 dengan Snapdragon 865 Plus, bateri 5000mAh

    Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai peranti yang ditunggu ramai, ASUS Zenfone 7 yang bakal dilancarkan dengan janaan cipset Snapdragon 865 Plus pada salah satu variannya. Terkini, ASUS Zenfone 7 dilihat melepasi penyenaraian Bluetooth SIG.

    Peranti dengan nombor model Z670KS didakwa sebagai ASUS Zenfone 7, manakala ZS671KS didakwa sebagai ASUS Zenfone 7 Pro melalui penyenaraian pengesahan Bluetooth ini. Apa pun, penyenaraian ini tidak menunjukkan apa-apa sepsifikasi lain selain sokongan Bluetooh 5.1.

    Walau bagaimanapun, sumber terdahulu telah memaklumkan mengenai peranti ini yang bakal dilengkapi bateri berkapasiti 5000mAh, cas pantas 30W, paparan berukuran 6.7 inci, WiFi 6, sokongan NFC dan storan sehingga 512GB.

    Apa pun, kami masih ketiadaan tarikh rasmi pelancarannya. Memandangkan ASUS ROG Phone 3 telah dilancarkan, kami menjangkakan ASUS Zenfone 7 juga bakal menyusul dalam masa terdekat.. Adakah anda sedang menanti siri ASUS Zenfone 7 ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured