More

    Laman RentAHuman.ai benarkan agen AI upah manusia lakukan tugasan fizikal

    Sebuah laman web baharu dikenali sebagai RentAHuman.ai dilaporkan membolehkan agen kecerdasan buatan (AI) mengupah manusia sebenar bagi melaksanakan tugasan fizikal dan dalam talian yang tidak boleh dilakukan oleh AI secara langsung.

    Platform RentAHuman.ai bertindak sebagai perantara antara agen AI autonomi dan individu yang bersedia melakukan kerja atas permintaan termasuk tugasan dunia sebenar seperti mengambil gambar, mengurus penghantaran, mengambil bungkusan serta tugasan digital seperti pengurusan akaun media sosial.

    Melalui sistem tersebut, individu boleh mendaftar dengan membina profil, menyenaraikan kemahiran, lokasi, kadar bayaran dan ketersediaan. Agen AI pula dibenarkan memilih manusia yang sesuai dan menghantar permintaan tugasan secara terus. Pembayaran bagi tugasan yang dilaksanakan dilakukan menggunakan mata wang kripto tanpa sokongan sistem pembayaran konvensional seperti kad kredit atau pemindahan bank.

    Kewujudan platform ini mencetuskan perbincangan mengenai aspek keselamatan, akauntabiliti dan perlindungan pekerja memandangkan tugasan datang daripada agen AI yang tidak mempunyai identiti fizikal atau entiti undang-undang yang jelas. Pemerhati industri turut mempersoalkan mekanisme semakan tugasan, tahap pengesahan agen AI dan tanggungjawab sekiranya berlaku insiden melibatkan keselamatan individu yang menjalankan kerja tersebut.

    RentAHuman.ai muncul ketika penggunaan agen AI autonomi semakin berkembang khususnya dalam sistem yang membolehkan AI membuat keputusan dan melaksanakan proses tanpa campur tangan manusia secara langsung yang secara tidak langsung membuka perbincangan baharu tentang hubungan kerja antara manusia dan AI.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured