More

    Laporan IDC dedahkan HONOR menguasai pasaran telefon pintar di China

    Selain berita tentang ketersediaan PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR dalam pasaran Malaysia pada 5 Mei nanti, laporan terbaharu daripada International Data Corporation (IDC) menunjukkan bahawa HONOR berada di tempat teratas dalam pasaran telefon pintar di China.

    HONOR menguasai 17.1% bahagian pasaran pada suku pertama 2024 dan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 13.2%. HUAWEI mengikuti rapat dengan bahagian pasaran 17% manakala bahagian pasaran Apple jatuh kepada 15.6%.

    Menurut IDC, HONOR menduduki tangga teratas didorong oleh peningkatan tumpuan pada ciri AI serta peningkatan menyeluruh dalam teknologi pengimejan dan skrin. Jumlah penghantaran siri HONOR Magic6 pada suku pertama jualan melebihi jumlah penghantaran gabungan generasi sebelumnya semasa dua suku pertama jualan.

    Siri HONOR Magic6 dan telefon boleh lipat HONOR yang dikategorikan sebagai mewah kerana harganya melebihi AS$600 (~RM2,852) menunjukkan peningkatan dalam jumlah penghantaran sebanyak 123.3% untuk tahun ke tahun. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured