More

    Laporan: iPhone 12 Pro, iPad Air dapat permintaan tinggi luar dari jangkaan

    Berikutan siri iPhone 12 yang sudah dilancar dan tersedia di pasaran Malaysia, terdapat beberapa peminat yang masih belum boleh mendapatkannya kerana sudah habis dijual. Menurut penganalisis jenama Apple Ming Chi Kuo, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max adalah antara produk Apple yang mendapat permintaan tinggi luar dari jangkaan.

    Menurut penganalisis, permintaan iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max adalah lebih tinggi dari jangkaan, manakala perminataan untuk iPhone 12 mini dan iPhone 12 adalah tidak setinggi yang diharapkan. Apa pun, momentum keseluruhan jualannya dilihat seperti bakal memberi keputusan yang baik.

    Selain itu, iPad Air yang baru diumum pada tahun ini juga mempunyai permintaan tinggi luar jangkaan. Penganalisis melaporkan bahawa jualan iPad Air mungkin akan kekal baik sehingga tahun hadapan memandangkan Apple bakal memperkenalkan model miniLED baharu dengan harga lebih rendah pada pertengahan kedua tahun 2021.

    Satu lagi produk yang dilapor mendapat permintaan luar biasa adalah MacBook dengan cip M1. Berkemungkinan, ini adalah berikutan cip M1 baru dari Apple Silicon yang dilapor lebih berkuasa dari cip komputer lain di pasaran.

    Sementara itu, Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE mempunyai hasil jualan yang baik, berbeza dengan AirPods dengan hasil jualannya yang semakin menurun.

    Adakah anda salah seorang pengguna siri iPhone 12 atau iPad Air baharu? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured