More

    Laporan: iPhone 12 Pro Max dan Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G antara telefon terbaik 2021

    Sehingga kini, pasaran telefon pintar sama ada Android atau iOS sudah dibanjiri dengan pelbagai model yang menampilkan spesifikasi tinggi. Consumer Reports kini mengeluarkan laporan mengenai telefon pintar terbaik untuk tahun 2021 setakat ini.

    Menurut sumber, salah satu telefon terbaik dalam kalangan iPhone adalah iPhone 12 Pro Max. Model tertinggi dalam siri iPhone 12 yang dilancar pada tahun lalu menampilkan paparan mantap OLED, kamera yang baik, cipset yang pantas dan sokongan 5G. Versi Pro Max juga dilengkapi jangka hayat bateri lebih baik. Kekurangannya adalah ia sedikit berat untuk penggunaan sebelah tangan.

    Semak spesifikasi dan harga iPhone 12 Pro Max
    Semak spesifikasi dan harga Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G

    Manakala Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G disifatkan sebagai peranti Android terbaik setakat ini. Menariknya, sumber telah menguji siri Galaxy S21, tetapi Galaxy Note20 Ultra masih menjadi yang terbaik. Antara spesifikasinya yang baik adalah saiz dan spesifikasi skrin, jangka hayat bateri yang baik, keupayaan zum kamera dan sokongan stilus.

    Sementara OnePlus Nord N10 5G pula disifatkan sebagai telefon pintar mampu milik yang terbaik setakat ini. Peranti ini mendapat rating cemerlang dari segi prestasi dan baterinya mampu bertahan sehingga 41.5 jam. Namun, salah satu kelemahannya adalah tidak tahan air dan kameranya hanya mencapai rating sekadar baik sahaja.

    Semak spesifikasi dan harga OnePlus Nord N10 5G

    Perlu diingatkan bahawa Consumer Reports mungkin tidak mendapatkan maklum balas dari pengguna di seluruh dunia, apatah lagi pengguna di Malaysia. Jadi, adakah anda bersetuju dengan hasil laporan ini?

    Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Consumer Reports

     

    Artikel Terkini

    DJI Osmo Pocket 4P dilancar: Kamera poket pertama dengan dwi-kamera dan zum optikal 3x

    DJI secara rasmi melancarkan Osmo Pocket 4P iaitu kamera gimbal poket pertama mereka yang hadir dengan dua kamera utama selepas pelancaran Osmo...

    HONOR X80 Pro Max tertiris – Bateri 11,000mAh, telefon pertama dengan SD 6 Gen...

    HONOR nampaknya bersedia meneruskan trend bateri besar untuk siri pertengahan mereka apabila khabar angin terbaharu mendakwa HONOR X80 Pro Max akan hadir...

    LRT3 dijangka mula operasi menjelang penghujung bulan ini

    Selepas beberapa kali mengalami perubahan jadual operasi sebelum ini, projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) kini dilihat semakin hampir untuk menerima penumpang...

    Pengecasan EV kini lebih “autopilot” dengan lengan robot baharu Xiaomi

    Xiaomi Auto memperlihatkan teknologi baharu dikenali sebagai lengan robot pengecas yang direka untuk mengautomasikan proses pengecasan kenderaan elektrik (EV) di rumah. Produk...

    Waze akhirnya tambah ciri lampu isyarat dalam navigasi – Dilancar secara berperingkat

    Waze dilaporkan mula melancarkan ciri baharu yang memaparkan lokasi lampu isyarat secara terus pada paparan navigasi aplikasi tersebut. Ciri tersebut sebelum ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...