More

    Laporan NordPass 2025 dedah “123456” masih kata laluan paling popular di Malaysia

    NordPass kembali dengan edisi 2025 bagi laporan “Top 200 Most Common Passwords” dan hasilnya sekali lagi menunjukkan tabiat penggunaan kata laluan global masih berada pada tahap membimbangkan. Kata laluan seperti “123456” dan “admin” terus mendominasi senarai sebagai pilihan paling kerap digunakan di seluruh dunia walaupun diketahui sangat berisiko.

    Menurut NordPass, pengguna daripada semua peringkat umur masih memilih gabungan mudah seperti “123456” dan “12345”. Laporan itu juga mendapati peningkatan penggunaan simbol dengan 32 daripada 200 kata laluan paling lazim kini mengandungi aksara khas seperti “P@ssw0rd”, “Admin@123” dan “Abcd@1234”.

    Corak penggunaan turut berbeza mengikut usia yang mana golongan lebih berumur cenderung menggunakan nama dalam kata laluan manakala pengguna muda lebih gemar kombinasi nombor atau perkataan meme seperti “skibidi”. Trend ini turut ketara di Malaysia.

    Berdasarkan data NordPass, 15 kata laluan paling biasa digunakan rakyat Malaysia ialah “123456”, diikuti “111111”, “qwerty123”, “admin”, “12345678” dan kemunculan baharu, “Aaa111”. Laporan tersebut mendedahkan “123456” sahaja digunakan sebanyak 221,833 kali oleh pengguna tempatan.

    Penggunaan kata laluan mudah diteka seperti ini meningkatkan risiko kecurian maklumat, penipuan dan serangan phishing. Oleh itu, pengguna digalakkan beralih kepada kata laluan lebih kukuh, unik dan panjang seperti melebihi 12 aksara dengan gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor serta simbol.

    Dalam masa sama, penggunaan pengurus kata laluan atau pengaktifan pengesahan dua faktor (2FA) mampu memberikan lapisan keselamatan tambahan bagi melindungi akaun dalam persekitaran digital yang semakin berisiko. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...