More

    Laporan Opensignal: Prestasi rangkaian mudah alih Malaysia sedikit menurun

    Malaysia kini berada di tangga ke-38 dalam Indeks Prestasi Rangkaian Global Opensignal, turun dua anak tangga daripada kedudukan ke-36 sebelum ini. Walaupun begitu, negara masih berada dalam kelompok 10 teratas di rantau Asia-Pasifik. Laporan Opensignal menunjukkan ketersediaan rangkaian 4G dan 5G di Malaysia sangat baik yang meningkat sedikit daripada 97.7% kepada 97.9%.

    Namun, kualiti konsisten excellent consistent quality mencatatkan penurunan daripada 68.4% kepada 66.9%. Data Opensignal mencatatkan peningkatan kelajuan 4G daripada 29.9 Mbps kepada 32.7 Mbps. Sebaliknya, kelajuan muat turun 5G menurun sedikit daripada 239.9 Mbps kepada sekitar 237.5 Mbps, dipercayai akibat penyesuaian spektrum oleh pengendali untuk menampung lebih banyak peranti 5G.

    Pemenang Anugerah Telco

    • Maxis mengekalkan prestasi cemerlang dalam kebolehpercayaan, memenangi Anugerah Pengalaman Kebolehpercayaan dengan 874 mata selain menunjukkan prestasi kukuh dalam muat turun/muat naik, video, permainan dan latency.
    • CelcomDigi meraih Anugerah Kualiti Konsisten buat kali pertama dengan 71.7% yang menonjolkan kestabilan penggunaan harian yang lebih baik.
    • Unifi muncul sebagai pemenang keseluruhan utama dengan kelajuan muat turun terpantas di Malaysia, 13% lebih pantas daripada U Mobile dan memimpin dalam Pengalaman Aplikasi Suara.
    • Yes mendahului dari segi ketersambungan keseluruhan dengan memenangi Time on Network dengan skor 99%.
    • U Mobile mencatat ketersediaan 5G terbaik di Malaysia pada 57.8% yang menunjukkan pertumbuhan pesat selepas pelancaran 5G Standalone.

    Walaupun penggunaan peranti dan pelan 5G meningkat, Opensignal menekankan bahawa peningkatan kualiti tidak sama rata. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...