More

    Laporan polis kemalangan kecil kini boleh dibuat dalam talian mulai 1 September 2025

    Selepas hampir tiga tahun perancangan dan pembangunan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan projek rintis e-Police Reporting.

    Bermula 1 September 2025, pemandu kenderaan persendirian yang terlibat dalam kemalangan kecil tanpa kecederaan atau kerosakan pada kenderaan lain dan harta awam di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) boleh membuat laporan polis secara dalam talian melalui platform e-Reporting PDRM, selain pilihan membuat laporan di balai polis berhampiran. Inisiatif ini merupakan usaha digitalisasi yang menggabungkan kepakaran kepolisan dan kawal selia kewangan negara bagi mempercepatkan proses pelaporan serta tuntutan insurans.

    Projek rintis ini turut melibatkan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) serta industri insurans dan takaful am melalui PIAM dan MTA. Dengan adanya kerjasama ini, sistem baharu dijangka memperkukuh keberkesanan siasatan, penguatkuasaan dan memberi akses lebih mesra pengguna kepada orang awam.

    Menurut JSPT, pendekatan menyeluruh atau whole-of-nation approach dalam membangunkan inisiatif ini selari dengan aspirasi kerajaan untuk mempertingkat transformasi digital sektor awam serta keyakinan masyarakat terhadap institusi negara. Maklumat lanjut termasuk tatacara laporan polis secara dalam talian boleh didapati melalui laman rasmi www.ereporting.rmp.gov.my

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured