More

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang ditawarkan mencapai sehingga 80Gbps dengan peruntukan khas jalur lebar 64Gbps khusus untuk kad grafik.

    Sambungan turut menyokong piawaian terdahulu seperti USB4, Thunderbolt 4 dan Thunderbolt 3. Menariknya, dok ini menyokong kad grafik daripada NVIDIA, AMD dan Intel serta boleh dipadankan bersama peranti NAS UGREEN untuk meningkatkan prestasi Docker container terutamanya bagi siri NASync DXP GT yang mengendalikan aplikasi dan mesin maya.

    Daripada segi kuasa, peranti dilengkapi bekalan kuasa (PSU) terbina 850W dengan pengiktirafan 80 Plus Gold dan piawaian ATX 3.1. Ia turut menyertakan penyambung 12V-2×6 untuk kad grafik siri NVIDIA RTX 40 dan RTX 50. Selain itu, peranti ini mampu menyalurkan pengecasan semula sehingga 140W kepada laptop yang disambungkan melalui protokol USB Power Delivery 3.1.

    Ruang dalaman perumah berasaskan bahan aluminium juga membolehkan pemasangan kad grafik bersaiz penuh sehingga panjang 370mm. Bagi ketersediaan sambungan aksesori lain, ia menyediakan tiga port Thunderbolt 5 yang menyokong fungsi sambungan berantai (daisy-chaining). UGREEN LinkStation Pro dijual di China pada harga 3,489 yuan (~RM2,116).

    Setakat ini, syarikat belum mengumumkan tarikh pelancaran rasmi dan ketersediaan peranti ini untuk pasaran global. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...