More

    Larangan penerbangan dron di seluruh negara bermula 26 hingga 31 Ogos untuk sambutan Hari Merdeka

    Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa penerbangan dron tanpa kelulusan di kawasan perayaan dan perarakan di seluruh negara dilarang dari 26 hingga 31 Ogos 2024. Ini berhubung sambutan Hari Merdeka yang berlaku dalam tempoh itu.

    CAAM juga menyatakan larangan itu bagi memastikan persiapan dan sambutan Hari Merdeka dapat dijalankan dengan selamat. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini yang melibatkan keselamatan awam.

    Selain itu, larangan itu bertujuan untuk mengurangkan risiko kemalangan dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat yang sedang menjalankan latihan dan terlibat dalam penerbangan formasi peringkat rendah di beberapa kawasan perayaan.

    CAAM menegaskan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk menerbangkan dron yang boleh membahayakan orang awam atau harta benda tertakluk kepada Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969, Peraturan 98, 140 hingga 144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Arahan Penerbangan Awam (Civil Aviation Directives/ CAD).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook CAAM

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured