More

    Layan filem dan siri televisyen lebih syok dengan Samsung Galaxy A32!

    Siri Samsung Galaxy A merupakan antara telefon pintar yang paling laris di dunia, dengan spesifikasi yang mantap serta dijual pada harga yang sangat mampu milik. Untuk tahun ini, Samsung meneruskan lagi trend tersebut dengan pelancaran Samsung Galaxy A32 pada bulan Mac lalu yang terdiri daripada Samsung Galaxy A32 (RM1,099) dan Samsung Galaxy A32 5G (RM1,199).

    Salah satu ciri menonjol yang terdapat pada Galaxy A32 adalah pada skrin Super AMOLED Infinity-U FHD+ yang berukuran 6.4 inci dengan nisbah aspek 20:9. Skrin Infinity-U ini mempunyai sempadan bezel yang sangat nipis, membuatkan hampir keseluruhan bahagian hadapan telefon dikhaskan untuk paparan tersebut agar anda boleh menikmati filem kegemaran anda dengan lebih menarik.

    Dengan teknologi Super AMOLED, warna yang dipaparkan pada skrin Galaxy A32 adalah sangat terang dengan keterangan sehingga 800 nits supaya anda boleh melihat segala butiran dalam filem dengan jelas. Skrin ini turut dilengkapi mod penjagaan mata (eyecare display) yang mengurangkan pancaran cahaya biru agar anda boleh menonton secara selesa dengan lebih lama.

    Skrin Super AMOLED dalam Galaxy A32 menghasilkan warna yang sangat cantik
    Sempadan bezel Galaxy A32 juga adalah sangat nipis, membuatkan hampir keseluruhan bahagiah hadapan dipenuhi dengan skrin

    Satu lagi ciri penting dalam skrin Galaxy A32 adalah kadar segar semula (refresh rate) 90hz yang bermaksud ia mampu menjana imej sebanyak 90 imej sesaat. Ini memberikan pengalaman menatal skrin yang sangat lancar untuk sebarang kegunaan, daripada melayari media sosial hinggalah bermain game.

    Buat Galaxy A32 5G pula, ia dilengkapi skrin Infinity-V HD+ yang lebih besar iaitu 6.5 inci dengan nisbah aspek 20:9 dan hampir memenuhi bahagian hadapan telefon. Paparan penuh dan skrin yang lebih besar membuatkan Galaxy A32 5G sesuai dijadikan wayang mudah alih anda di mana sahaja.

    Warna yang tepat akan dipaparkan pada skrin Galaxy A32 (atas) dan Galaxy A32 5G (bawah)

    Samsung Malaysia sekarang sedang menganjurkan promosi istimewa untuk Galaxy A32, di mana sebarang pembelian dari laman web rasmi Samsung Malaysia, kedai rasmi atau pengedar sah akan menerima tambahan setahun untuk perlindungan Samsung Care+ bernilai RM110. Pakej ini merangkumi waranti untuk kerosakan tidak sengaja, kerosakan daripada air dan juga skrin retak. Ia juga menyediakan penggantian produk dan menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma.

    Ayuh beli Samsung Galaxy A32 (RM1,099) atau Samsung Galaxy A32 5G (RM1,199) dari laman web Samsung Malaysia atau pengedar sah untuk menikmati kualiti skrin telefon yang sangat mengasyikkan pada harga mampu milik! Beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...