More

    Lazada umum peningkatan caj komisen penjual bermula 18 Julai ini

    Lazada Malaysia kini mengumumkan semakan semula terhadap struktur caj komisen untuk penjual di platform Marketplace yang akan mula berkuat kuasa pada 18 Julai 2025. Dalam kemas kini rasmi di pusat bantuan penjual, Lazada menyatakan bahawa struktur baharu ini bertujuan meningkatkan pengalaman pengguna secara menyeluruh dan akan berbeza mengikut kategori produk.

    Penjual baharu akan dikecualikan daripada sebarang caj komisen bagi tempoh 120 hari pertama di platform. Caj komisen hanya akan bermula pada hari ke-121 serta seterusnya apabila transaksi berjaya iaitu apabila produk telah dijual dan dihantar kepada pembeli.

    Selain itu, semua caj komisen juga akan tertakluk kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 8%, selaras dengan kadar semasa yang berkuat kuasa sejak 1 Mac 2024. Antara kadar komisen baharu yang bakal dikenakan termasuk:

    • 21.5% untuk barangan digital
    • Sehingga 16% untuk barangan FMCG (barangan pengguna bergerak pantas)
    • Sehingga 15% untuk kategori fesyen
    • Sehingga 14.5% bagi barangan elektronik.

    Lazada memaklumkan bahawa penyesuaian struktur komisen ini turut disertakan dengan pelbagai faedah eksklusif kepada penjual termasuk penyertaan dalam program baucar percuma, sokongan untuk penghantaran percuma kepada pembeli, akses kepada ganjaran LazCoins, penggunaan ciri AI pintar untuk penjual serta jaminan tiada caj yuran platform tambahan.

    Caj komisen pula akan dikira berdasarkan harga jualan selepas ditolak diskaun yang diberikan oleh penjual manakala promosi yang dibiayai oleh Lazada tidak akan mempengaruhi kadar pengiraan tersebut. Penjual yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut disarankan untuk menyemak laman rasmi pusat bantuan Seller Center.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...