More

    Lebih 1 juta pengguna Android muat turun ‘Dynamic Island’ melalui aplikasi dynamicSpot

    Dynamic Island pada model iPhone 14 Pro telah menjadi tumpuan di dunia teknologi sejak kebelakangan ini sehinggakan terdapat aplikasi yang boleh meniru ciri tersebut pada telefon pintar Android. Malah, aplikasi dynamicSpot menjadi begitu popular sehingga hari ini. Ia memperoleh lebih 1 juta muat turun di Gedung Google Play.

    Dibangunkan oleh Jawomo, aplikasi itu membolehkan pengguna Android menggunakan ciri pulau interaktif dengan mudah pada peranti mereka. Selain itu, tidak seperti iPhone 14 Pro, dynamicSpot mempunyai banyak pilihan penyesuaian walaupun anda perlu membuat pembelian dalam aplikasi.

    Semakan pantas di halaman Gedung Google Play untuk aplikasi itu juga menunjukkan bahawa ia diterima baik. Ia dinilai 4.4 bintang daripada lebih 4,400 ulasan. Menurut Android Police, dynamicSpot ialah salah satu daripada 10 aplikasi paling popular di APKMirror.

    Memandangkan populariti Dynamic Island, tidak dapat dielakkan bahawa sesuatu yang serupa akan datang secara rasmi ke telefon pintar Android dalam masa terdekat. Apa pendapat anda sebagai pengguna Android?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured