More

    Lebih 20,000 pengguna desak Samsung untuk tidak abaikan siri Galaxy Note

    Samsung bakal melancarkan beberapa produk baru dalam acara Galaxy Unpacked pada 11 Ogos di mana beberapa telefon pintar lipat dijangka akan dilancarkan seperti Samsung Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3. Walau bagaimanapun, peminat siri telefon Galaxy Note tidak akan melihat pelancaran untuk edisi Galaxy Note baru pada tarikh tersebut, selepas wakil Samsung mengesahkan ketiadaannya pada minggu lepas.

    Kini para pelanggan Samsung telah membina sebuah petisyen di Change.org untuk mendesak syarikat teknologi Korea Selatan itu agar tidak mengabaikan siri telefon Galaxy Note. Petisyen yang dimulakan oleh laman web SamMobile itu telah pun menerima lebih 23,000 tandatangan dan mungkin akan mencapai sasaran 25,000 tandatangan dalam masa terdekat.

    Walaupun Galaxy Note baru tidak akan dilancarkan pada bulan Ogos 2021, Samsung masih belum memutuskan sama ada mereka akan memberhentikan terus siri telefon pintar itu. Galaxy Note yang terakhir setakat ini adalah Samsung Galaxy Note20 yang dilancar bersama Galaxy Z Fold2 pada bulan Ogos 2020.

    Adakah anda masih berminat dengan siri Galaxy Note? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured