More

    Lebih 3 bilion unit iPhone terjual sejak pelancarannya pada 2007

    Apple kini mengesahkan bahawa lebih 3 bilion unit iPhone telah terjual secara keseluruhan sejak pelancarannya pada tahun 2007. Perkara ini diumumkan oleh CEO Apple, Tim Cook, dalam laporan kewangan suku tahunan terbaru.

    Apple mencapai 1 bilion jualan pada tahun 2016 diikuti anggaran 2 bilion unit pada 2021. Empat tahun selepas itu, angka kini mencecah 3 bilion yang menunjukkan permintaan terhadap iPhone masih kukuh. Untuk suku kedua tahun ini (April hingga Jun), jualan iPhone meningkat dua digit yang menjana pendapatan sebanyak USD94 bilion, naik 10% berbanding tempoh sama tahun lalu.

    Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, lonjakan ini mungkin disebabkan pembelian panik selepas khabar angin di internet mengatakan harga iPhone akan melonjak antara USD3,000 hingga USD25,000 akibat tarif baharu daripada pentadbiran Trump.

    Apple mengesahkan bahawa tarif tersebut telah menyebabkan kerugian sebanyak USD800 juta dalam suku kedua dan dijangka meningkat kepada USD1.1 bilion pada suku ketiga (Julai–September). Dalam masa terdekat, Apple dijangka melancarkan siri iPhone 17 pada September ini dengan model baharu seperti iPhone 17 Air yang bakal menggantikan model Plus.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured