More

    Lebih 50 individu jadi mangsa “scam” e-dompet, jumlah kerugian cecah RM600,000

    Berdasarkan laporan daripada Astro Awani, lebih 50 orang di Kedah malangnya telah menjadi mangsa kepada scam e-wallet yang telah mencuri sekitar RM600,000. Scammer bertindak menyasarkan mangsa daripada golongan berpendapatan rendah atau penagih dadah dan mendesak mereka mendaftarkan akaun e-dompet.

    Pihak scammer kemudian menakut-nakutkan mangsa dengan menyamar sebagai pihak polis dan mendesak mereka untuk memindahkan aset kepada e-dompet dengan alasan akaun bank mereka berada dalam risiko untuk dikaitkan dengan aktiviti jenayah.

    Kemudian, scammer akan memindahkan sebarang wang dalam akaun e-dompet mangsa kepada akaun bank yang berasingan. Walau bagaimanapun, dua individu yang terlibat dengan scam tersebut telah pun ditahan oleh pihak berkuasa dan mereka didapati memiliki sekurang-kurangnya enam telefon, 13 kad SIM dan enam kad ATM.

    Kongsi nasihat anda di Facebook kami untuk elakkan diri daripada ditipu dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Astro Awani

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured