More

    Lebih banyak spesifikasi Redmi Note 12 Turbo disahkan, bakal menawarkan edisi khas Harry Potter

    Redmi bakal melancarkan telefon pintar Redmi Note 12 Turbo pada hari esok (28 Mac, 7:00 malam) di China dan buat masa ini, Redmi telah berkongsi beberapa poster yang menunjukkan spesifikasi telefon itu secara rasmi.

    Redmi Note 12 Turbo bakal dilengkapi skrin OLED berukuran 6.67 inci, dengan resolusi FullHD+, kedalaman warna 12-bit, sokongan HDR10+, pemalapan PWM 1,920Hz, pengiktirafan cahaya biru rendah SGS, bezel senipis 1.42mm dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 93.45%.

    Ia bakal menjadi telefon pintar pertama yang dilengkapi cipset Snapdragon 7+ Gen 2, dengan RAM LPDDR5 sehingga 16GB dan storan dalaman UFS3.1 sehingga 1TB. Ia juga bakal dilengkapi pembesar suara stereo dengan pengiktirafan Dolby ATMOS dan Hi-Res Audio, serta menawarkan bicu audio 3.5mm.

    Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W. Telefon ini turut menawarkan sambungan NFC dan pemancar infra-merah (IR). Kameranya terdiri daripada kamera utama 64MP dengan penstabilan imej optikal (OIS), kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Antara fungsi kamera yang menarik adalah mod gambar filem (film camera) dan zum dalaman sensor (in-sensor zoom).

    Selain itu, ia juga akan menawarkan edisi khas yang bertemakan Harry Potter, di mana pelanggan akan menerima Redmi Note 12 Turbo yang dihias khas serta beberapa aksesori tambahan. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured