More

    Lebuhraya DUKE akan laksanakan sistem pembayaran tol terbuka pada September ini

    Sebelum ini, kami melaporkan beberapa lebuhraya Malaysia akan membenarkan pengguna membayar tol menggunakan kad debit dan kredit. Kini, sistem pembayaran terbuka telah diperluaskan lagi dengan kemasukan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

    Seperti yang dilaporkan oleh sumber, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesahkan perkara itu berkata bahawa penyertaan DUKE menambah bilangan lebuh raya yang terlibat kepada 12 lebuhraya. Semua lebuhraya terbabit akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka mulai September ini.

    Selain itu, Nanta turut mengumumkan DUKE telah dipilih sebagai lokasi kedua bagi pelaksanaan Proof of Concept (POC) bagi sistem Aliran Pantas Berbilang Lorong (MLFF). Ini menjadikan lebuh raya itu yang kedua selepas Lebuhraya Sungai Besi untuk menguji MLFF sebelum ia dilaksanakan di semua lebuh raya.

    Peralihan kepada MLFF dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat menjelang suku ketiga 2024. Jadi, apakah pendapat anda tentang inisiatif kerajaan ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber:  Bernama

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured