More

    Lebuhraya KL-Karak akan dilebarkan kepada 8 lorong, pembinaan bermula Januari 2025

    AFA Infrastructure and Development Sdn Bhd (AFA) mengumumkan bahawa mereka akan melaksanakan projek pembinaan bagi meningkatkan kualiti dua lebuhraya utama di Semenanjung Malaysia iaitu pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) serta pembinaan projek mitigasi banjir untuk Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).

    Pelebaran Lebuhraya KL-Karak

    Untuk pelebaran KLK, AFA akan melebarkan daripada tiga lorong dua hala kepada empat lorong dua hala untuk laluan dari Plaza Tol Gombak hingga Genting Sempah (jarak 19.8km), bermaksud ia akan mempunyai jumlah keseluruhan lapan lorong.

    Selain itu, mereka juga akan membina sebuah terowong baharu bersebelahan dua terowong sedia ada dalam laluan tersebut, menjadikan jumlah terowong keseluruhan dalam laluan tersebut kepada tiga. Selepas ia siap, arus trafik untuk satu terowong boleh diubah bergantung kepada majoriti jumlah kenderaan yang ingin ke barat atau timur.

    Di samping itu, untuk laluan dari Genting Sempah ke Plaza Tol Bentong (jarak 22.5km), AFA akan melebarkan daripada dua lorong dua hala kepada tiga lorong dua hala, menjadikan jumlah lorong keseluruhan kepada enam.

    Rajah perancangan untuk pelebaran KLK
    Rajah perancangan untuk terowong baharu (warna biru)

    Penambahbaikan ini bertujuan untuk menangani isu kesesakan dan cabaran keselamatan sepanjang KLK dan akan menggunakan peruntukan sebanyak RM2.1 bilion untuk melaksanakannya. Pembinaan akan bermula pada Januari 2025 dan ia dijangka mengambil masa selama 48 bulan.

    AFA memberi jaminan bahawa sepanjang pembinaan ini, semua lorong sedia ada dalam KLK tidak akan ditutup bagi melancarkan arus trafik. Sungguh pun demikian, para pengguna KLK perlu menjangkakan tempoh perjalanan yang lebih lama sepanjang projek pembinaan ini berlangsung kerana arus trafik yang lebih perlahan daripada biasa.

    Sepanjang pembinaan, AFA akan memperkenalkan langkah keselamatan seperti penstabilan cerun, sistem pengurusan trafik yang dipertingkat serta bahu jalan lebih luas untuk menyokong pengurusan insiden dengan lebih baik.

    Mitigasi banjir LPT1

    Sementara itu, AFA juga mengumumkan Projek Mitigasi Banjir untuk meningkatkan daya tahan LPT1 semasa cuaca buruk. Antara penambahbaikan yang akan diperkenalkan termasuklah peningkatan sistem saliran air, peninggian jalan di kawasan mudah banjir, penstabilan cerun serta pengurusan tumbuh-tumbuhan secara strategik sepanjang lebuhraya.

    "
    "

    Projek ini mengambil peruntukan sebanyak RM200 juta dan dijangka siap pada Disember 2028.

    Selain itu, AFA akan mengutamakan kelestarian alam dalam projek-projeknya, dengan pemasangan panel solar di kawasan rehat untuk memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui, menyediakan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) serta menggunakan bahan binaan mesra alam. Ini selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Malaysia dan sasaran pelepasan sifar karbon seawal 2050.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured