More

    LeEco S1 Pro dilancar kelihatan serupa seperti iPhone 14 Pro, tawarkan Dynamic Island

    LeEco S1 Pro merupakan peranti klon iPhone terbaharu yang dilancarkan di China. Ia kelihatan seperti iPhone 14 Pro dari semua sudut dengan paparan potongan berbentuk pil di kedudukan tengah atas. Dataran kamera di bahagian belakang turut kelihatan sama seperti iPhone 14 Pro. 

    LeEco S1 Pro mempunyai panel LCD 6.5 inci yang menawarkan resolusi HD+ 720 x 1600 piksel dan kadar penyegaran semula 60Hz. Peranti itu dilengkapi dengan sokongan Perkhidmatan Mudah Alih HUAWEI (HMS) sekiranya tiada Perkhidmatan Mudah Alih Google (GMS) di China. 

    Seperti yang dapat dilihat dalam imej, ia mempunyai ciri seperti Dynamic Island iPhone untuk pemberitahuan. Ia dikuasakan oleh cipset Unisoc T7150 yang mempunyai empat teras Cortex-A75, berjalan pada 1.8GHz dan empat teras Cortex-A55 yang mencatatkan masa pada 1.8GHz. 

    Cip 12nm mempunyai 800MHz Imagination 9446 GPU untuk grafik. Cipset digandingkan dengan RAM 4GB, 6GB, 8 GB dan storan 64GB, 128GB, 256GB. Ia menggunakan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 10W. 

    Bahagian hadapannya membawa kamera swafoto 5MP manakala kamera belakang mempunyai kamera utama 13MP tanpa sebaranag maklumat mengenai kamera tambahannya. Ia mempunyai ketebalan 9.5mm dan berat sekitar 200 gram.

    LeEco S1 Pro kini tersedia untuk pratempah di China di mana varian 8GB+128GB berharga 899 Yuan (~RM579). Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...