More

    Lelaki ini ditahan kerana siar filem di Telegram tanpa kebenaran, denda RM50,000 menanti

    Terkini, seorang lelaki ditahan kerana telah menyiarkan filem tanpa keizinan pemilik hak cipta di aplikasi Telegram. Untuk pengetahuan anda, lelaki berusia 45 tahun ini disyaki bersalah di bawah Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987.

    Menurut Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam, lelaki ini ditahan melalui serbuan oleh penguatkuasa yang disertai pemilik hak cipta setelah suspek dirisik selama dua minggu terlebih dahulu.

    Beberapa barangan telekomunikasi suspek turut dirampas oleh KPDNHEP. Jika disabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.

    Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP turut menggesa orang ramai agar tidak berkongsi atau mengedarkan mana-mana karya hak cipta termasuk filem, lagu, buku digital dan sebagainya di mana-mana platform internet termasuklah media sosial tanpa kebenaran pemilik hak cipta.

    Pengguna juga boleh melaporkan maklumat atau mana-mana kegiatan cetak rompak kepada KPDNHEP melalui talian 1-800-886-800 atau 03-8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC) atau WhatsApp di talian 019-279 4317 atau di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Harian Metro

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured