More

    Lenovo lancar siri Legion 2025 di Malaysia: Kuasa AI dan paparan 4K bermula RM6,499

    Lenovo Malaysia hari ini melancarkan barisan terbaharu produk Legion bagi tahun 2025 yang direka untuk pengalaman gaming dengan prestasi dipacu AI, sistem penyejukan terkini dan paparan berkualiti tinggi. Barisan Lenovo Legion bagi tahun ini merangkumi pelbagai kategori daripada komputer riba berkuasa tinggi, model pertengahan hinggalah kepada peranti mudah alih gaming.

    Lenovo Legion Pro Series

    Menjadi tumpuan utama ialah Lenovo Legion Pro 7i (16”), dikuasakan pemproses Intel Core Ultra 9 275HX dan boleh dikonfigurasi sehingga NVIDIA GeForce RTX 5090 Laptop GPU. Ia menampilkan skrin 16 inci WQXGA OLED 240Hz serta sistem penyejukan Lenovo Legion Coldfront: Vapor thermal system dengan harga bermula RM13,999.

    Turut diperkenalkan, Lenovo Legion Pro 5i (16”) dengan paparan 240Hz serta pilihan Intel Core Ultra 9 275HX dan grafik RTX 5070 Ti yang menggunakan reka bentuk penyejukan Coldfront Hyper dengan paip haba besar serta kipas turbo. Harga bermula RM7,699.

    Legion 9i (18”)

    Legion 9i (18”), hadir sebagai laptop gaming paling berkuasa daripada Lenovo. Ia dilengkapi Intel Core Ultra 9, GPU siri RTX 50, sistem penyejukan Lenovo Legion Coldfront: Vapor thermal system terbina dalam dan paparan 18 inci PureSight 4K dengan pilihan sokongan 2K 3D tanpa kaca mata. Digabungkan dengan Lenovo 3D Studio, pengguna boleh menikmati rekaan, media dan lebih 30 permainan dengan visual 3D. Harga bermula RM21,999.

    Model pertengahan iaitu Legion 7i & 5i Legion 7i (16”) pula menampilkan rekaan lebih nipis dan ringan berasaskan logam penuh. Ia menyokong pengecasan pantas (50% dalam 30 minit) dengan harga bermula RM9,999. Sementara itu, Legion 5i (15”) menawarkan pilihan lebih kompak dan 13% lebih ringan berbanding generasi sebelumnya. Harga bermula RM6,499.

    Legion Go 2 dan Legion Tab Gen 3

    Melangkah ke segmen mudah alih, Lenovo memperkenalkan Legion Go 2 dengan pemproses AMD Ryzen Z2 Extreme Processor, skrin 8.8 inci WUXGA OLED 144Hz, kawalan boleh tanggal dan reka bentuk ergonomik baharu. Ia akan tiba pertengahan Oktober pada harga bermula RM5,399.

    Bagi pilihan tablet, Legion Tab Gen 3 dilengkapi Snapdragon 8 Gen 3, skrin 8.8 inci 2.5K dan sokongan Ray Tracing serta kadar segar semula sehingga 165 FPS. Harga bermula RM2,199.

    Legion Glasses Gen 2

    Untuk pengalaman lebih unik, Legion Glasses Gen 2 menawarkan paparan maya micro-OLED 126 darjah melalui sambungan USB-C dalam rekaan ringan sesuai untuk pemain dan penstrim yang mahu tontonan peribadi. Ia ditawarkan pada harga RM1,799.

    "
    "

    Semua peranti Lenovo Legion baharu kini boleh didapati di Lenovo Exclusive Stores (LES) di seluruh Malaysia. Bagaimanapun, Legion Go 2 hanya akan tiba pada pertengahan Oktober. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...