More

    Lenovo lancarkan 5 tablet baru dalam MWC 2021, terdiri daripada pelbagai kategori harga

    Acara Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2021 telah pun bermula semalam dan pelbagai jenama elektronik dijangka akan mengumumkan produk-produk terbaru. Dalam pada itu, Lenovo telah pun memperkenalkan lima buah tablet yang terdiri daripada pelbagai kategori serta jam pintar.

    Yoga Tab 13 merupakan tablet premium yang dilengkapi skrin 13 inci (2160×1350) dengan gamut warna sRGB 100%, empat pembesar suara JBL dengan sokongan Dolby Atmos, cipset Snapdragon 870, RAM 8GB dan storan 256GB. Pengguna boleh menghubungkannya dengan komputer riba untuk dijadikan skrin kedua.

    Yoga Tab 11 pula adalah sebuah tablet yang lebih mampu milik, dengan skrin 11 inci (2000×1200), cipset Helio G90T, RAM 8GB, storan 256GB dan empat pembesar suara JBL. Kedua-dua tablet ini dilengkapi aplikasi seperti Google Kids Space, Google Entertainment Space dan Netflix.

    Siri Tab P11 pula terdiri daripada tiga varian utama- Tab P11 Pro, Tab P11 Plus dan Tab P11. Walau bagaimanapun, Lenovo hanya memberikan maklumat penuh untuk Tab P11 Plus yang dilengkapi skrin 11 inci (2000×1200), cipset Helio G90T, RAM 6GB, storan 128GB dan bateri 7,500mAh yang boleh memainkan video selama 12 jam.

    Untuk tablet kelas permulaan pula, Lenovo memperkenalkan generasi ketiga untuk Tab M7 dan Tab M8 yang dikhaskan untuk kanak-kanak, dengan aplikasi Google Kids Space dan Google Entertainment Space siap dipasang di dalamnya. Tab M8 dilengkapi skrin 8 inci (1200×800) manakala Tab M7 pula dilengkapi skrin 7 inci (1024×600).

    Lenovo turut memperkenalkan jam pintar Lenovo Smart Clock yang dilengkapi Google Assistant, skrin LCD 4 inci, pembesar suara 3W sebesar 1.5 inci dan mikrofon. Pengguna boleh menghubungkannya dengan telefon pintar untuk kawal penggera dan pemberitahuan (notifications). Ia juga boleh dilengkapkan dengan dok pengecas (charging dock) agar ia boleh cas telefon pengguna.

    Lenovo Smart Clock

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaan mana-mana produk di atas di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured