More

    Lenovo Legion Y700 5th Gen tiba dengan SD 8 Elite, skrin 165Hz dan bateri 9,000mAh

    Pasaran tablet semakin padat dengan penambahan tablet baharu termasuk Lenovo Legion Y700 5th Gen yang baru sahaja dilancarkan di China. Ia disasarkan untuk pengguna yang mahukan tablet berprestasi tinggi dengan sokongan AI serta pengalaman permainan mudah alih yang lebih lancar.

    Legion Y700 5th Gen hadir dengan paparan LCD 8.8 inci beresolusi 3040 × 1904 dengan kepadatan 408 PPI dan kadar segar semula sehingga 165Hz. Skrinnya menyokong kadar bacaan sentuhan 2640Hz, kadar pensampelan berbilang jari 480Hz, kecerahan sehingga 800 nits, gamut warna DCI-P3 serta kedalaman warna 12-bit melalui teknologi FRC.

    Ia juga menerima pensijilan TÜV Rheinland untuk paparan rendah cahaya biru dan bebas kelipan bagi keselesaan penggunaan jangka panjang. Lenovo Legion Y700 5th Gen dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan bersama RAM LPDDR5T sehingga 24GB dan storan UFS 4.1 Pro. Peranti menjalankan Android 16 serta menyokong alat Lenovo Tianxi AI termasuk pembantu AI peribadi dan fungsi AI PadClaw untuk pemprosesan AI terus pada peranti.

    Baterinya pula berkapasiti 9,000mAh dengan sokongan 68W pengecasan pantas, selain teknologi bypass charging bagi mengurangkan haba ketika bermain game. Ia menggunakan sistem penyejukan ruang wap 17,353mm², motor linear dwi-paksi untuk maklum balas haptik dan pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos.

    Untuk kamera, ia menawarkan 8MP di hadapan dan 50MP di belakang serta menyokong kad TF sehingga 2TB. Di China, Legion Y700 5th Gen dijual bermula 4,299 yuan (~RM2,460) untuk model 12/256GB, 5,099 yuan (~RM2,919) untuk 16/512GB manakala varian tertinggi 24/1TB berharga 6,399 yuan (~RM3,663).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Lenovo

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...