More

    Lenovo Malaysia anjur promosi Black Friday: Pelbagai komputer dengan diskaun sehingga 60%

    Lenovo Malaysia hari ini mengumumkan jualan promosi khas sempena Black Friday yang akan datang di mana pelanggan boleh mendapatkan diskaun sehingga 60% untuk komputer ThinkPad, Legion, Yoga PC dan lain-lain aksesori. Buat ahli LenovoPro pula, mereka layak mendapat diskaun lanjutan sebanyak 12% di atas diskaun asal.

    Berikut adalah senarai produk yang dijual pada harga diskaun sempena kempen ini:

    • ThinkPad X13 Yoga: Bermula RM4,838.86 atau RM404 sebulan (potongan sehingga RM1,801.54 daripada harga asal)
    • ThinkPad T14s (AMD): Bermula RM3,563.40 atau RM297 sebulan (potongan sehingga RM3,118.05 daripada harga asal)
    • ThinkBook Plus: Bermula RM4,796.18 atau RM400 sebulan (potongan sehingga RM1,286.82 daripada harga asal)
    • Lenovo Tab M10 (HD): Bermula RM599.50 (potongan sehingga RM599.50 daripada harga asal)
    • Lenovo ThinkCentre M720 Tiny: Bermula RM2,539 atau RM212 sebulan (potongan sehingga RM1,880 daripada harga asal)
    • Lenovo Legion 5 (AMD): Bermula RM3,791.92 atau RM316 sebulan (potongan sehingga RM627.48 daripada harga asal)

    Selain itu, pelanggan yang menyertai LenovoPro melalui pembelian sebanyak RM3,000 akan mendapat tablet Lenovo M7 bernilai RM459 secara percuma. Jualan Black Friday ini tentunya adalah masa yang sempurna jika anda merancang untuk membeli komputer Lenovo, terutamanya dengan potongan harga lebih daripada separuh.

    Layari laman web Lenovo Malaysia untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana produk Lenovo dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured