More

    Lenovo mungkin akan lancarkan telefon pintar ThinkPhone untuk pengguna umum

    Pada masa ini, Lenovo adalah sebuah jenama yang dikenali sebagai pembina komputer berkualiti tinggi, berlainan dengan divisyen telefon pintarnya yang tidak begitu popular. Syarikat itu pernah melancarkan siri telefon pintar gaming Lenovo Legion, manakala telefon untuk kegunaan umum pula dilancarkan dengan nama Motorola sejak ia diperolehi oleh Lenovo pada 2014.

    Sungguh pun begitu, Lenovo mungkin akan melancarkan telefon yang bakal menggunakan namanya sendiri iaiti Lenovo ThinkPhone. Nama produk ini adalah serupa dengan nama untuk barisan produk komputer riba Lenovo ThinkPad.

    Pengkhabar berita teknologi Evan Blass telah berkongsi beberapa gambar yang mungkin menunjukkan rekaan awal untuk sebuah telefon Lenovo ThinkPhone. Tidak seperti telefon gaming Lenovo Legion, telefon itu mempunyai rekaan yang standard untuk sebuah telefon pintar umum dan di belakangnya pula terdapat logo “ThinkPhone”.

    Beliau berkata telefon ini sedang dibangunkan dengan kod nama Bronco dan bakal mempunyai spesifikasi canggih seperti cipset Snapdragon 8+ Gen 1, RAM sehingga 12GB dan kamera utama 50MP.

    Memandangkan komputer ThinkPad ditujukan kepada pengguna dalam kalangan ahli-ahli perniagaan, strategi sama juga mungkin akan dipakai untuk ThinkPhone. Sebelum ini, Lenovo pernah melancarkan telefon pintar untuk kegunaan umum seperti siri Lenovo K dan Lenovo Vibe, namun ia tidak mendapat sambutan meluas.

    Kongsi pendapat anda tentang telefon ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 91Mobiles

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured