More

    Lenovo perkenal bank kuasa dengan kapasiti 12,800mAh, sokong cas pantas 125W berharga ~RM135

    Lenovo secara rasmi telah melancarkan ThinkPlus Fluxo Power Bank 125W iaitu sebuah bank kuasa mudah alih dengan harga mampu milik di pasaran China. Bank kuasa ini hadir dengan kapasiti 12,800mAh yang menyokong pengecasan pantas hingga 125W menjadikannya sesuai untuk pengecasan komputer riba, telefon pintar dan peranti lain.

    Rekaan ThinkPlus Fluxo turut menampilkan paparan pintar terbina yang memaparkan status pengecasan dan maklumat penggunaan kuasa secara masa nyata. Lenovo turut menyatakan bahawa power bank ini mampu mengecas sebuah ThinkPad X1 Carbon AI daripada 0% hingga kira-kira 35% dalam tempoh 30 minit sahaja.

    Daripada segi port, ia dilengkapi:

    • 2x USB-C dengan output maksimum 125W,
    • 1x USB-A dengan output sehingga 30W

    Selain itu, ia juga menyokong pengecasan semula (self-charging) pada kadar 45W dan pelbagai protokol pengecasan seperti SCP, PPS, PD dan QC. Di China, ThinkPlus Fluxo Power Bank 125W ditawarkan pada harga RMB229 (~RM135). Setakat ini, tiada maklumat rasmi mengenai pelancaran global termasuk kehadirannya di pasaran Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan power bank ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured