More

    Lenovo Tab Extreme dilihat pada Google Play Console, tablet pertama tampilkan cipset Dimensity 9000

    Nampaknya, Lenovo mengambil serious dalam pengeluaran tablet Android buat masa ini. Ia sudah pun mempunyai tawaran yang menarik dalam P12 Pro dan dijangka akan membawa lagi satu tablet sebagai pengganti seperti yang dilihat melalui Google Play Console.

    Lenovo Tab Extreme telah ditemui sebagai tablet pertama yang menggunakan cipset mewah MediaTek Dimensity 9000. Tab Extreme juga mempunyai paparan dengan resolusi 3000×1876 dan RAM 8GB namun, saiznya masih tidak diketahui. Ia akan menggunakan Android 13 tetapi kami masih tidak tahu tarikh pelancarannya.

    Jika ia dilancarkan sebelum Mei pada tahun hadapan, ia mungkin tablet Android pertama yang melancarkan versi OS terkini. Lenovo Tab Extreme mempunyai nombor model TB570FU dan seperti yang anda boleh lihat daripada imej di atas, ia mempunyai bezel yang sangat nipis untuk sebuah tablet. Untuk menempatkan kamera swafoto, ia kelihatan hampir tidak sesuai. 

    Kami menjangka lebih banyak butiran yang akan diberikan tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured