More

    Lenovo Tab M9 dilancar: Skrin LCD 9″, cipset Helio G80 dan bateri 5,100mAh bermula ~RM749

    Lenovo telah mengumumkan tablet bajet terbarunya, Lenovo Tab M9 menawarkan beberapa peningkatan termasuk panel LCD IPS 9 inci yang lebih besar dengan resolusi 1340 x 800 piksel dan kecerahan 400 nits.

    Tab M9 dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G80, RAM LPDDR4x 3GB atau 4GB dan storan eMMC 5.1 32GB, 64GB atau 128GB. Kapasiti baterinya adalah 5,100mAh dan pengecas USB-C 10W turut disediakan di dalam kotak. Lenovo juga menydiakan sarung lutsinar dengan pendiri dalam di dalam kotak pembelian.

    Kamera belakagnya membawa sensor 8MP manakala kamera swafoto membawa sensor hadapan 2MP. Spesifikasi lain termasuk bicu audio 3.5mm, slot kad mikroSD, Bluetooth 5.1, GPS dan pilihan warna Arctic Grey dan Frost Blue.

    Tab M9 dijadualkan akan dikeluarkan di Eropah pada Februari tahun depan bermula EUR159 (~RM749). Sehingga kini, Lenovo masih belum mendedahkan kehadirannya dalam pasaran Malaysia. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured