More

    Lenovo Tab One dilancar di Malaysia: Tablet 8.7 inci berharga RM549

    Jika anda sedang mencari tablet yang mampu milik, Lenovo Malaysia telah memperkenalkan Lenovo Tab One yang dijual pada harga RM549 sahaja.

    Tablet ini mempunyai skrin berukuran 8.7 inci dengan panel LCD, resolusi 1340×800, kadar segar semula 60Hz dan kecerahan puncak 480 nits. Ia mempunyai berat 320 gram sahaja, membuatkannya mudah dibawa ke mana-mana.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Helio G85, RAM 4GB, storan dalaman 64GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD, bateri 5,100mAh, kadar pengecasan 15W dan sistem operasi Android 15. Ia akan menerima kemas kini selama dua tahun.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 8MP dan kamera hadapan 2MP. Ia turut mempunyai pembesar suara stereo, manakala hubungan wayarles pula menyokong Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.3. Untuk port, ia mempunyai port USB-C 2.0 dan bicu audio 3.5mm.

    Lenovo Tab One dijual di Malaysia pada harga pasaran RM549. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet bajet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Lenovo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...