More

    Lenovo Tab Plus dilancar di Malaysia: Tablet 11.5″ dengan skrin 2K, 8 pembesar suara berharga RM1,599

    Pada hari ini, Lenovo Malaysia melancarkan Lenovo Tab Plus iaitu sebuah tablet berfokuskan hiburan, dengan lapan pembesar suara JBL Hi-Fi yang ditala oleh Dolby Atmos serta skrin berukuran 11.5 inci dengan resolusi 2K untuk kualiti paparan yang mengasyikkan.

    Lapan pembesar suara JBL Hi-Fi itu terdiri daripada empat matrix tweeters dan empat force-balanced woofers yang ditempatkan dalam empat kotak pembesar suara dengan isipadu 22cc. Ini membuatkan audio tablet ini boleh dihasilkan dengan bass yang lebih dalam dan treble yang lebih jelas.

    Ia juga boleh digunakan seperti pembesar suara Bluetooth, di mana ia boleh dihubungkan kepada peranti lain seperti telefon pintar, kemudian tablet ini akan memainkan muzik dengan pembesar suaranya yang sangat kuat.

    Selain itu, ia menawarkan kawalan volume khas di mana ia akan melaraskan tahap audio anda bergantung kepada aplikasi yang dibuka. Sebagai contoh, volume akan dinaikkan jika aplikasi muzik atau podcast dimainkan, kemudian volume akan turun jika anda membuka pelayar web.

    Jika anda menghubungkannya pada fon kepala, tablet ini menyokong audio hi-res 24-bit dan frekuensi 96kHz.

    Skrinnya pula berukuran 11.5 inci dengan resolusi 2K, kadar segar semula 90Hz dan pancaran cahaya biru rendah yang diiktiraf oleh TUV Rheinland untuk tontonan yang selesa pada mata anda. Tablet ini turut mempunyai tongkat khas bagi mendirikannya dan membenarkan medan penglihatan skrin seluas 175 darjah.

    Baterinya boleh bertahan sehingga 12 jam dan turut menyokong kadar pengecasan pantas 45W yang boleh mengecas penuh dalam masa 90 minit sahaja. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Helio G99, RAM 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

    Lenovo mengatakan tablet ini akan menerima kemas kini utama selama dua tahun dan kemas kini keselamatan selama empat tahun, sehingga Jun 2028. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk tablet ini:

    "
    "
    • Skrin LCD 11.5 inci, resolusi 2K (2000 X 1200), kadar segar semula 90Hz, kecerahan 400 nits
    • Cipset MediaTek Helio G99
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 128GB atau 256GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD
    • Kamera belakang 8MP
    • Kamera hadapan 8MP
    • Bateri 8,600mAh
    • Pengecasan pantas 45W
    • 8x pembesar suara JBL
    • Bicu audio 3.5mm, port USB-C 2.0
    • Berat 650 gram, ukuran 268.3 x 174.25 x 7.77 mm
    • Warna kelabu Luna Grey
    • Sistem operasi Android 14, akan menerima kemas kini sehingga Jun 2028

    Lenovo Tab Plus akan dijual di Malaysia bermula 21 Julai 2024 pada harga RM1,599. Ia akan didatangkan dengan stilus Lenovo Tab Pen Plus, Lenovo Tab Plus Sleeve dan Lenovo Multi-Device Wireless Keyboard.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured