More

    Lenovo Xiaoxin Pad Pro 12.6: Mungkin miliki SD 870, bakal dilancar November ini

    Lenovo telah lama mengatakan bahawa syarikatnya bakal melancarkan Lenovo Xiaoxin Pad Pro 12.6. Baru-baru ini, telah terdedah beberapa ciri yang terdapat pada Xiaoxin Pad Pro 12.6 dan tarikh pelancarannya. Lenovo mendedahkan bahawa Xiaoxin Pad Pro 12.6 akan dilancarkan pada bulan November secara eksklusif di China.

    Ia akan menggunakan paparan antara muka ZUI 13 yang beroperasi atas Android 11. Sebelum itu, terdapat ‘acahan’ di media sosial yang mendedahkan bahawa peranti ini akan menampilkan pembesar suara JBL dan menyokong ciri Dolby Atmos. Ia juga akan mempunyai paparan Samsung E4 AMOLED 12.6 inci dengan resolusi 2560 x 1600 piksel.

    Skrinnya akan mempunyai kadar penyegaran semula 120Hz, kadar pengambilan sentuhan 360Hz, sokongan perlindungan HDR10 +, DC Dimming dan TUV Rheinland EyeSafe. Ia akan menggunakan sistem dwi-kamera di bahagian hadapan dan belakang.

    Kamera swafotonya akan mempunyai resolusi 8MP dengan sensor ToF manakala bahagian belakang utama pada bahagian belakang mempunyai resolusi 13MP dan sensor sekunder 5MP. Ia dilengkapi Qualcomm Snapdragon 870 dan bateri berkapasiti 10,200mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Harganya dijangkakan sekitar CNY 2,999 (~RM1,900).

    Sama-sama kita nantikan kemunculannya pada November ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured