More

    Lenovo Yoga 6 AMD, Slim 9i, Yoga 9i, Yoga Slim 7i Carbon rasmi di Malaysia, bermula RM3,799

    Jika anda sedang mencari komputer baharu untuk meningkatkan produktiviti, Lenovo Malaysia kini mengumumkan kehadiran barisan komputer riba baharu di pasaran Malaysia. Antara yang diumumkan adalah Lenovo Yoga 6 AMD, Yoga Slim 7i, Yoga 9i dan Yoga Slim 7i Carbon dengan harga bermula pada RM3,799.

    Yoga Slim 7i Carbon memiliki spesifikasi menarik seperti beratnya seringan 966g, binaan karbon dengan sudahan anti cap jari, manakala Lenovo Yoga 9i pula memiliki litupan kulit asli. Di sisi yang lain, Lenovo Yoga 6 yang dijana AMD memiliki rekaan hibrid besi dan material lembut yang dilitupi fabrik biru. Anda boleh ke laman web rasmi Lenovo untuk menyemak spesifikasi penuhnya.

    Lenovo Yoga Slim 7i Carbon

    Melalui pembelian, terdapat penawaran Lenovo Premium Care yang memberi akses 24 jam sokongan teknikal pada 9 pagi hingga 9 malam setiap hari. Harga untuk barisan komputer riba baharu Lenovo adalah seperti di bawah.

    • Lenovo Yoga Slim 7i Carbon 13.3 inci = Harga asal bermula RM4,399 ~ Pelanggan yang melakukan pembelian dengan pengedar sah bermula sekarang hingga 31 Mac 2021 layak membawa pulang hadiah percuma bernilai RM1,300 termasuklah pemasangan Microsoft Office Home & Student, Morgan Mini Fridge, beg Targus Urban dan Type C 3-in-1 Hub.
    • Lenovo Yoga 9i 14 inci = Harga asal bermula RM6,499
    • Lenovo Yoga Slim 9i 14 inci = Harga asal bermula RM7,599
    • Lenovo Yoga 6 AMD 13.3 inci = Harga asal bermula RM3,799

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured