More

    Lensa kamera iPhone 12 tidak mempunyai masalah kualiti seperti yang didakwa

    Perjalanan siri iPhone 12 menuju hari pelancarannya sebenarnya agak menarik. Dengan pelbagai jangkaan harga dan spesifikasi, peminat pastinya tidak sabar menunggu. Terkini, penganalisis Apple tersohor Ming-Chi Kuo melaporkan kualiti lensa kamera siri iPhone 12 mungkin mempunyai masalah.

    Melalui laporan itu, pembekal lensa iPhone 12, Genius Electronic Report menafikan dakwaan tersebut. Syarikat itu menyatakan bahawa tiada sebarang masalah litupan lensa ultra lebar seperti yang didakwa, penghasilan masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang isu. Apa pun, syarikat ini bukan satu-satunya pembekal lensa kerana Largan Precision juga membekalkan lensa kamera untuk iPhone 12.

    Sepintas lalu, kami telah memaklumkan mengenai tarikh jangkaan terkini pelancaran siri iPhone 12, iaitu mungkin pada 12 Oktober ini. Barisan iPhone terbaru tersebut bakal tampil dengan model 5.4 inci, 6.1 inci dan 6.7 inci.

    Anda boleh membaca berita lepas mengenai siri iPhone 12.

    Adakah anda salah seorang yang masih setia menanti iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured