More

    Lensa telefoto berpiksel tinggi 48MP dan 64MP pada siri Samsung Galaxy S20

    Terdahulu, terdapat gambar khabar angin yang dikatakan merupakan susuk tubuh Samsung Galaxy S20. Kami juga pernah mengkhabarkan maklumat tidak rasmi mengenai kamera Galaxy S20. Terkini, khabar angin baru mengenai kamera siri Samsung Galaxy S20 telah tular pada hari ini.

    Menurut sumber, siri Samsung Galaxy S20 bakal dilengkapi sensor telefoto dengan piksel yang tinggi. Apa yang lebih menarik, sumber turut membongkarkan bahawa salah satu daripada siri tersebut, Galaxy S20U bakal dilengkapi kamera utama 108MP disertai sensor 64MP + 48MP + 12MP + Time-of-Flight (ToF).

    Berpandukan pernyataan sumber berkaitan sensor telefoto berpiksel tinggi, mungkinkah sensor tersebut bersaiz 64MP untuk kedua-dua Galaxy S20 dan Galaxy S20+? Apa pun, nantikan tarikh pelancaran dan harga rasmi siri Samsung Galaxy S20 melalui kami.

    Adakah anda memerlukan lensa telefoto berpiksel tinggi atau mungkin boleh digantikan dengan kemas kini yang lain? Lontarkan komen anda di laman Facebook kami dan nantikan berita khabar angin Samsung Galaxy S20 terkini di TechNaveBM.

    Sumber: @UniverseIce

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...