More

    Lepas 4 tahun masih lancar dengan vivo V40 Lite menawarkan 4 tahun kesihatan bateri

    Dalam dunia serba pantas hari ini, telefon pintar bukan sekadar alat komunikasi, ia adalah sahabat setia dalam rutin harian. vivo V40 Lite melangkah ke depan dengan menawarkan empat tahun kesihatan bateri dan perlindungan IP64, menjadikannya pilihan terbaik bagi anda yang inginkan peranti yang tahan lama tanpa kompromi. Dengan harga bermula daripada RM1,299, V40 Lite memberikan nilai yang luar biasa dalam pasaran telefon pintar.

    Sama ada sibuk bekerja atau bersantai, bateri 5,000mAh V40 Lite memastikan anda kekal bertenaga. Dengan Smart Charging Engine 2.0, pengecasan pantas dan menjaga bateri hingga 80% selepas 1,600 kitaran. Selain itu, jika tahap kapasiti bateri turun di bawah 80% dalam tempoh empat tahun, vivo akan menukarnya secara percuma! Jadi, main game atau cas dengan skrin dimatikan, semuanya lancar dengan pengecasan pantas 80W!

    Untuk anda yang sering mengecas semalaman, V40 Lite memberikan ketenangan fikiran dengan Overnight Charging Protection. Teknologi ini melambatkan kerosakan bateri, menjadikan peranti anda bertahan lebih lama. 24-Dimension Security Protection juga memastikan pengecasan yang selamat pada setiap masa, jadi anda tidak perlu risau tentang bateri anda mengalami kerosakan atau degradasi yang cepat.

    Jika anda jenis yang aktif dan sering berada di luar,  vivo V40 Lite adalah teman setia yang tahan lasak. Dengan penarafan IP64, ia mampu menahan habuk dan percikan air, jadi anda boleh menjalani aktiviti tanpa risau. Telefon ini juga diuji untuk 32,000 kali jatuhan mikro dan 20,000 kali cucuk-cabut USB, memberikan jaminan ketahanan maksimum. Malah, ia direka untuk berfungsi dengan baik dalam suhu ekstrem dari -20°C hingga 50°C, membuktikan ia sesuai untuk apa jua keadaan.

    AI Erase hilangkan objek yang tidak diingini
    AI Photo Enhance jelaskan gambar yang kabur

    Untuk pencinta fotografi, ciri AI Erase membolehkan anda mencipta gambar yang sempurna dengan mudah dengan membuang sahaja objek yang tidak diingini dari latar belakang. AI Photo Enhance pula membantu meningkatkan kejelasan gambar lama, menghidupkan kembali kenangan indah anda. Dengan V40 Lite, anda bukan sahaja mendapat telefon pintar, tetapi juga alat inovatif yang menyimpan setiap detik berharga dalam hidup anda dengan jelas.

    Bukan itu sahaja, rekaan V40 Lite juga tampil penuh gaya. Pilihan warna Titanium Silver, Dynamic Black dan Dreamy Violet menjadikan telefon ini bukan sekadar alat, tetapi juga aksesori fesyen yang menawan. Dengan skrin AMOLED 120Hz, setiap pergerakan pada skrin terasa lancar dan responsif, sementara ketebalan 7.79mm dan berat 188g menjadikannya selesa untuk dipegang sepanjang hari.

    Dengan V40 Lite, anda dapat menjalani kehidupan penuh gaya setiap hari. Telefon pintar ini dirancang untuk mengikuti langkah anda, daripada mesyuarat hingga aktiviti santai. Ketahanan bateri yang hebat dan perlindungan IP64 membolehkan anda menjelajah tanpa risau. Pada harga yang berpatutan, vivo V40 Lite adalah pilihan ideal untuk mencipta pengalaman luar biasa dalam setiap detik hidup anda.

    Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    (Ditaja oleh vivo Malaysia)

     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured