More

    LEVEL UP KL 2020 pamerkan “game” buatan rakyat Malaysia & industri Asia Tenggara bermula 10 Oktober

    Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menganjurkan majlis LEVEL UP KL yang ke-6 secara digital bermula 10 Oktober hingga 22 November 2020. Acara tahunan ini akan mengetengahkan karya-karya yang dibina daripada industri game tempatan, seluruh rantau Asia Tenggara dan lebih 30 buah negara.

    Antara acara utama dalam majlis itu ialah SEA Games Showcase di mana pengunjung boleh mencuba demonstrasi game serta mendapatkan diskaun untuk membeli game yang dibuat dari Asia Tenggara. Di samping itu, SEA Game Awards pula akan memberi pengiktirafan yang tertinggi kepada game-game terbaik dari rantau ini.

    LEVEL UP KL juga akan menganjurkan Game Jam Online yang membawa 100 pembina game dari seluruh Asia Tenggara untuk bersaing dalam pertandingan hackathon, di mana pemenang boleh membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM6,000.

    Majlis ini turut bertujuan untuk menghubungkan syarikat-syarikat utama dalam industri seperti Nintendo, Sony Interactive Entertainment, Microsoft dan Unity di mana wakil syarikat tersebut akan membincangkan tentang pembinaan, teknologi dan pengkomersialan game. Bagi mereka yang ingin bekerja dalam industri ini, terdapat Pameran Kerjaya Maya dan bengkel kemahiran untuk pendedahan yang lebih dalam tentang kerjaya pembinaan game.

    Untuk maklumat lanjut tentang acara ini, layari laman web LEVEL UP KL. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menonton acara ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured